Isnin, 6 Ogos 2012

PERBANDINGAN NOVEL PMR 2012

RINGKASAN PERBANDINGAN ANTARA NOVEL TINGKATAN 1, 2 DAN 3


 
ASPEK PERBANDINGAN

TINGKATAN 1
ISTANA MENANTI

TINGKATAN 2
DI SEBALIK WAJAH

TINGKATAN 3
CEMPAKA PUTIH UNTUKMU





Tema

keprihatinan  dan kesungguhan sekumpulan remaja  menyelongkar sejarah tanah air

-  Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy mewakili golongan remaja yang sangat minat akan subjek sejarah dan mempunyai rasa ingin tahu yang mendalam tentang sejarah setempat.
- Mereka bertiga juga sanggup meredah hutan belukar untuk melihat dan mengkaji sendiri kewujudan dan keunikan Istana Menanti di puncak Gunung Datuk.
.      

Ketabahan seorang remaja menghadapi kekurangan diri dalam kehidupan hariannya

-   Doktor Fikri yang cacat kulitnya iaitu balar terpaksa menerima ejekan, sindiran dan cemuhan daripada pelajar-pelajar lain di sekolahnya.
-     Doktor Fikri tabah walaupun difitnah mencuri buku dari perpustakaan oleh Narius dan rakan-rakannya. Akhirnya  Narius ditangkap pihak polis kerana  kesalahan mengopak cermin kereta.

Persahabatan yang akrab dan ikhlas antara dua orang remaja tanpa mengira  latar belakang dan keturunan

-     Hartini dan Satiah bersahabat baik dan persahabatan mereka kekal hingga ke akhir hayat.
-     Hartini  tetap mengunjungi Satiah  meskipun hubungan keluarga mereka renggang.
-     Hartini dan Satiah  sering berutus surat walaupun tinggal berjauhan semasa di asrama.








Persamaan
Persoalan

1. Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga

-  Ibu bapa Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng sangat menyayangi anak-anak mereka. Mereka berpakat untuk mencari anak-anak mereka yang tidak pulang setelah mendaki puncak Gunung Datuk.

1. Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga

-  Cikgu Saiful dan Puan Halipah memberikan sepenuh kasih sayang kepada Doktor Fikri. Semua kemahuan anaknya akan dipenuhi oleh mereka.

1. Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga

-     Contohnya Encik Hasrul dan Pn Sarah  sayang akan anak mereka dan sentiasa mengambil berat perkembangan anak mereka di sekolah

2. Persoalan menghargai persahabatan / semangat setiakawan dalam persahabatan

-  Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng mempunyai semangat setiakawan yang sangat kuat. Mereka bersepakat untuk mengetahui sejarah serta keunikan Istana Menanti.
-  Fadhil dan Ramasamy sangat prihatin terhadap Ah Seng dan berganding bahu mencari Ah Seng yang  tiba-tiba hilang di dalam terowong.


2. Persoalan menghargai persahabatan / semangat setiakawan dalam persahabatan
 
- Josy tetap berkawan dengan Doktor Fikri walau apa juga rintangan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
2. Persoalan menghargai persahabatan/ semangat setiakawan dalam persahabatan

- Hartini tetap mengingati Satiah   yang telah meninggal dunia akibat penyakitnya dengan  menanam sepohon cempaka putih di pusara Satiah sebagai tanda persahabatan.

3. Persoalan prihatin terhadap kesusahan orang lain
-  Tuk Ngah amat prihatin terhadap kehilangan Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng. Dia meminta pihak polis segera menyelamatkan mereka.
3. Persoalan prihatin terhadap kesusahan orang lain
- Puan Halipah sentiasa memeriksa buku latihan Doktor Fikri apabila Doktor Fikri pulang dari sekolah.

3. Persoalan prihatin terhadap kesusahan orang lain
- Encik Hasrul amat prihatin terhadap kesihatan satiah dan mendesak Pak morit membenarkannya menghantar Satiah ke hospital kerana penyakit Satiah amat serius dan  tidak boleh diubati dengan cara perubatan tradisional.



4. Persoalan berdikari
- Doktor Farid berusaha sendiri untuk mencapai cita-cita yang diinginkan walaupun mendapat tentangan awal daripada ayahnya. Dia berjaya mengusahakan kebun sayur dan membela ayam.

4. Persoalan berdikari
-  Hartini dan Satiah hidup berdikari semasa tinggal di asrama

5. Persoalan Ketabahan menghadapi dugaan  hidup
- Fadhil, Ramasamy, Ah Seng dan Khairil tabah dalam menghadapi penjenayah yang mengerah tenaga mereka untuk menggali tanah bagi mendapatkan harta karun. Mereka diugut akan dibunuh sekiranya tidak mengikut arahan.


5. Persoalan ketabahan menghadapi dugaan hidup

-      Satiah yang menghidap penyakit barah paru-paru tabah menghadapi penyakitnya dan tetap meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Tangjung Bestari


6.  Persoalan Baik Hati
7.  Persoalan  berani menghadapi cabaran
8.  Persoalan kerajinan membawa kejayaan.
9.  Persoalan bertanggungjawab melaksanakan tugas.
10.Persoalan Penindasan golongan yang kuat terhadap golongan yang lemah





Perbezaan
Persoalan




Perbezaan
Persoalan





1. Persoalan tidak menginsafi  kesalahan yang dilakukan
-  Penjenayah yang berfahaman komunis akhirnya ditangkap oleh pihak polis kerana menjadi pembelot kepada negara.



1. Persoalan keinsafan akan kesalahan yang dilakukan
-  Narius akhirnya insaf akan kesalahan yang dilakukan olehnya terhadap Doktor Fikri.


1. Persoalan keinsafan akan kesalahan yang dilakukan
  - Pak Morit berasa kesal akan sikapnya selama ini yang tidak membenarkan Satiah dirawat di hospital sedangka penyakit Satiah semakin kritikal lalu akhirnya meninggal dunia

2. Persoalan mempercayai perkara karut
 - Tuk Ngah sangat percaya akan perkara karut seperti puaka, bunian dan makhluk halus. Dia mempercayai Istana lama itu mempunyai penunggu dan berpuaka
2. Persoalan mempercayai perubatan moden
-   Doktor Fikr dilahirkan di sebuah hospital Ratu Elizabeth. Namanya juga diambil sempena seorang Doktor yang mendoakan keselamatan ibunya sewaktu melahirkannya.
2. Persoalan mempercayai adat dan pantang larang suku kaumnya
- Dia berkeras tidak membenarkan Satiah menerima rawatan di hospital, sebaliknya percaya akan kemampuan dukun untuk mengubati penyakit anaknya yang dipercayai terkena sampuk.



Watak utama

Fadhil


Doktor Fikri

Hartini










Persamaan
Perwatakan
(watak Utama)



















Persamaan
Perwatakan
(watak Utama)


1.  Tabah
    -  Fadhil tabah dalam menghadapi penjenayah yang mengerahnya untuk menggali tanah bagi mendapatkan harta karun. Mereka diugut akan dibunuh sekiranya tidak mengikut arahan.


1. Tabah
    - Doktor Fikri yang cacat kulitnya iaitu balar tabah menerima ejekan, sindiran dan cemuhan daripada pelajar-pelajar lain di sekolahnya

1. Tabah
    - Hartini menerima berita kematian sahabat karibnya, Satiah dengan hati yang tabah. Dia berjanji tidak akan menangis lagi.
  


2.   Penyayang
    -  Dia teringat akan ayah dan ibunya ketika dalam tahanan

2. Penyayang
-  Doktor Fikri menyayangi keluarga dan rakan-rakan rapatnya seperti Azizi, Suriani , Josy, Dayang Mahani dan Sanin.
  

2. Penyayang
- Hartini amat menyayangi Satiah sehingga sanggup menjaga Satiah sewaktu dia sakit.

  


3. Berani
-  Fadhil berani mendaki puncak Gynung Datuk untuk melihat kecantikan dan keunikan Istana Menanti walaupun diberitahu bahawa istana itu berpuaka dan ada penunggu.


3. Berani
-   Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang meminta wang yang kononnya sebagai cukai keselamatan terhadap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.

3. Berani
-  Hartini berani menghadapi Pak Morit yang bengis demi kebaikan sahabatnya Satiah. Dia memujuk Pak Morit supaya bersetuju Satiah dirawat di hospital



 

4.  Rajin
     -  Doktor Fikri rajin membaca buku dan mengusahakan kebun sayur-sayuran serta ternakan ayamnya.

4.     Rajin
-     Disebabkan kerajinannya mengulangkaji pelajaran, Hartini berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam PMR iaitu  7A 1B.




5.      Berdikari
-      Doktor Fikri berusaha sendiri untuk menambah tabungan dengan menjual hasil tanaman dan ayam ternakannya.

5. Berdikari
   -  Hartini hidup berdikari semasa tinggal di asrama Sekolah Menengah Gemilang Wawasan
 

6.      Taat perintah agama
Fadhil sering bersolat Maghrib secara berjemaah dengan keluarganya. Selepas itu, dia akan belajar mengaji al-Quran dengan bapanya.
6.      Taat perintah agama
Doktor Fikri menunaikan kewajipannya sebagai muslim dengan menunaikan solat semasa berada di Chalet Taman Negara Kinabalu sebelum menunaikan pengembaraannya ke Gunung Kinabalu.






Perbezaan
Perwatakan
(watak Utama)

1.    Tidak berdikari
Fadhil  tidak bersendirian mendaki puncak Gunung Datuk tetapi pergi bersama-sama dengan Ah Seng, Ramasamy dan Tuk Ngah.
1.    Berdikari
-   Doktor Fikri berusaha sendiri untuk menambah tabungan dengan menjual hasil tanaman dan ayam ternakannya.
1. Berdikari
   -  Hartini hidup berdikari semasa tinggal di asrama Sekolah Menengah Gemilang Wawasan
.

2.    Pandai mengambil hati/ memujuk
-   Fadhil memicit-micit kaki Tuk Ngah semasa bercerita tentang keistimewaan Istana Menanti supaya Tuk Ngah terus bercerita.

2. Tidak pandai mengambil hati/ memujuk
 - Disebabkan sikap Pak Morit yang ego, Hartini tidak berjaya memujuk Pak Morit supaya Satiah dirawat di hospital





Watak Sampingan
( Persamaam )

Tuk Ngah
1. Penyayang
    Tuk Ngah menyayangi Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng. Dia sanggup melayan kerenah mereka serta menceritakan kisah sejarah sebagaimana yang dipinta oleh mereka.
-   Dia amat senang hati dengan kedatangan mereka kerana semua anaknya telah bekerja dan berkahwin.

Cikgu Saiful
 1. Penyayang
 - Ketika isterinya Halipah mengandung, dia telah mencari daging rusa di persekitaran Kota Kinabalu demi memenuhi permintaan isterinya. Dia juga kelihatan cemas dan risau ketika isterinya berada di wad bersalin.


Satiah
1. Penyayang
   - Satiah amat menyayangi Hartini dan kedua ibu bapanya. Buktinya ,dia menangis apabila mengetahui Hartini ditahan di dalam lokap. Malah Satiah sanggup datang ke lokap untuk memberi semangat dan dorongan kepada Hartini.
.

2. Bertanggungjawab
  - Tuk Ngah bertanggungjawab dan mengambil berat akan keselamatan Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy dengan membuat laporan kepada pihak polis apabila mendapati mereka hilang.
2. Bertanggungjawab
 -   Dia sentiasa mengambil berat pelajaran dan kehendak anaknya. Contohnya dia membenarkan anaknya mempraktikkan Pendidikan Kemahiran Hidup dengan berkebun sayur-sayuran, menternak ayam dan menjual sayur-sayuran,
2.  Bertanggungjawab
-      Satiah berrtanggungjawab menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar sehingga berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam PMR.

3.    Baik hati
Tuk Ngah sanggup menemani tiga sahabat tersebut untuk mendaki puncak Gunung Datuk walaupun sudah berusia 80 tahun.
-  Beliau suka berkongsi cerita kerana beliau tahu tentang cerita sejarah setempat dan sejarah negara.

3.Baik hati
Sikap baik hati ini ditunjukkan semasa dia berada di balai polis untuk mengambil basikal anaknya semula. Setelah dipujuk oleh Doktor Fikri, Cikgu Saiful mengambil keputusan untuk menjamin Narius keluar dari lokap walaupun budak lelaki itu sering membuli dan menganiaya anaknya.

3.Baik hati
Dia banyak membantu ketika tinggal di rumah Encik Hasrul. Satiah menyediakan sarapan pagi dan mengangkat baju di ampaian tanpa disuruh




Watak Sampingan
( Persamaan dan perbezaan)






Dolah
1. Mempunyai sikap yang tidak baik iaitu pendendam
    Dia ingin membalas dendam terhadap kematian beratus-ratus kawannya yang terbunuh akibat diserang oleh tali barut Inggeris

Narius
1. Pendendam
    Narius berdendam dengan Doktor Fikri yang disangka melaporkan kegiatan peras ugut mereka sehingga dirotan oleh pengetua, mereka sanggup menganiaya Doktor Fikri dengan memasukkan barang curian ke dalam beg sekolah Doktor Fikri.


Pak Morit
1. Ego dan keras kepala
Pak Morit melarang Satiah keluar rumah selepas tamat waktu persekolahan. Kawan-kawan Satiah juga dilarang berkunjung ke rumahnya. Dia juga tidak sekali-kali membenarkan Satiah menerima rawatan di hospital.



2.    Penjenayah negara yang tidak pernah insaf
Dia berfahaman komunis yang masih tidak mengiktiraf kemerdekaan Malaysia . Dia mengetuai pembelot negara.

2. Insaf atas kesalahan yang lalu
-  berubah menjadi seorang pelajar yang baik apabila cikgu Saiful menjaminnya setelah ditahan di lokap kerana kesalahan mengopak cermin kereta.


2. Insaf atas kesalahan yang lalu
- Pak Morit berasa kesal akan sikapnya selama ini yang tidak membenarkan Satiah dirawat di hospital sedangka penyakit Satiah semakin kritikal lalu akhirnya meninggal dunia.
.


2. Baik hati
    Dia menghlurkan plastik yang berisi minuman kepada Ah Seng kerana dia tahu Ah Seng dalam kehausan.
3. Nakal
   Dia merupakan gengster di sekolah mereka. Dia sentiasa membuli murid yang lemah dan memeras ugut pelajar yang baru seperti Doktor Fikri.
3. Baik hati
  Dia membenarkan Satiah mendapatkan rawatan di hospital apabila keadaan Satiah semakin tenat.






Latar
Masa









Latar
Masa







1.  Pagi
- Fadhil,Ramasamy dan Ah Seng ditemani Tuk Ngah memulakan ekspedisi mendaki Gunung Datuk

1. Pagi
- pada waktu pagi hari kedua belajar di SMK Menggatal, Doktor Fikri menunggang basikal baharunya ke sekolah. Dia terlewat dan pintu pagar telah terkunci. Akhirnya Cikgu Wahad telah memberikan amaran kepadanya supaya tidak lewat ke sekolah lalu membuka pintu untuknya.
- Doktor Fikri dan ibu bapanya bangun dengan awal kerana hendak mendaki gunung
1. Pagi.
 - Hartini dan rakannya pergi ke sekolah untuk  mendapat keputusan PMR, dia mendapat keputusan yang cemerlang.
- Hartini dan Junainah dipanggil ke pejabat Pengetua kerana bergaduh
2. Malam
 - penduduk kampung dan anggota polis menjalankan gerakan mencari tiga orang remaja yang hilang di sekitar Gunung Datuk .
2. Malam
- Doktor Fikri telah bermimpi bahawa dia tersesat jalan ketika mendaki gunung lalu bertempur dengan seekor naga. Untuk mengelakkan serangan naga dia terjatuh ke gaung. Akibatnya dia menjerit sehingga menjagakan ibu bapanya.
.
2. Malam
-  ketika Hartini dan Nora keluar dari bilik ke dewan makan malam, mereka ternampak Junainah balik ke bilik mereka dengan mata yang merah dan terus terlantar di kantil setelah beberapa hari menghilangkan diri daripada mereka.
3. Petang
-   Pada pukul 5 petang, tiga orang remaja masih lagi terperangkap dan tidak dapat keluar dari dalam bilik peraduan raja Istana Menanti
3. Petang
 -  Dalam perjalanan ke sekolah, Doktor Fikri ditahan oleh Narius, Jais dan Jamadi  kerana mereka mengugutnya supaya membayar wang cukai keselamatan
3. Petang
 - Hartini telah pergi ke rumah Satiah pada pukul 4.30 petang. Dia menyangka Satiah bermain sembunyi dengannya ketika sampai di rumahnya. Rupa-rupanya Satiah telah jatuh pengsan dan berlumuran darah di tepi perigi.








Latar Tempat















Latar Tempat



1. Istana Menanti
   - Istana Lama yang terletak di puncak Gunung Datuk yang dibina oleh orang Minangkabau sejak 500 tahun dahulu.

1. Sekolah
  - SMK Menggatal merupaka sekolah Doktor Fikri . Dia merupakan pelajar kelas Dua Mawar. Dia mendapat banyak kawan baru, iaitu Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz

1.      Sekolah
Hartini belajar di Tingkatan Tiga Teratai, Sekolah Menengah Kuala Batu. Kelengkapan sekolah ini tidak banyak berbeza dengan sekolah di bandar tetapi kelengkapan yang canggih masih kekurangan
2. Kampung/ kawasan pedalaman
  - Kampung Ulu Seperi merupakan tempat tinggal Tuk Ngah, Fadhil, Ramasamy, dan Ah Seng bersama keluarga masing-masing
2. Kawasan Taman perumahan
 - Rumah Cikgu Saiful terletak di 69, Taman Richdar, Menggatal. Di belakang rumah ini, Doktor Fikri  menanam pelbagai jenis sayur seperti sawi, kacang bendi, tomato, cili dan menternak ayam
2. Kampung/ kawasan pedalaman
- Kampung Kuala Batu terletak di pedalaman Pahang. Penduduk di situ terdiri daripada orang asli. Bagaimanapun kampung itu sudah memiliki kemudahan moden, seperti jalan tar, sekolah rendah dan menengah, bekalan air dan elektrik dan sebagainya.
3. Balai Polis
   - Balai Polis Kampung Ulu merupakan tempat Pak Senik,Encik Karim,Encik Leong dan Encik Shanti melaporkan kehilangan tiga sahabat.Sarjan Mokhtar menyuruh pihak polis dan penduduk kampung berkumpul di perkarangan balai sebelum gerakan mencari dijalankan.
3. Balai Polis
 -  Balai Polis Pekan Menggatal merupakan tempat Doktor Fikri dan ayahnya Cikgu Saiful mengambil balik basikal yang telah dicuri. Di situ, Doktor Fikri telah menjumpai Narius yang telah ditahan di dalam lokap.
3. Balai Polis
Hartini dimasukkan ke dalam lokap balai polis, Raub. Ketika diziarahi oleh ibu bapanya, dia menangis dan menjelaskan bahawa dia tidak terlibat dalam penggunaan dadah. Dia telah berada di lokap selama 3 hari.


4. Hospital
-   Hospital Ratu Elizabeth, Kota Kinabalu .merupakan tempat Cikgu Saiful berasa cemas ketika berada di luar bilik bersalin. Dia berdoa agar anak dan isteri akan selamat setelah agak lama isteri dihantar ke dalam bilik bersalin. Di situ, dia bertemu dengan seorang doktor Melayu yang bernama Doktor Fikri yang berbudi bahasa dan alim sehingga dia berhasrat untuk menamai anak yang bakal dilahirkan itu sebagai Doktor Fikri.
4. Hospital
-  Satiah telah terlantar di ICU hospital. Doktor telah mengenal pasti bahawa Satiah tidak dapat diselamatkan. Hartini turut membaca  Al-Fatihah dan kalimah syahadah sambil memegang tangan Satiah secara erat. Akhirnya Satiah meninggal dunia di hospital














Latar Masyarakat
( Persamaan)








1. Masyarakat yang berbilang bangsa dan agama
 - Penduduk di Kampung Ulu Seperi,Rembau hidup makmur meskipun dihuni oleh pelbagai bangsa dan agama.
-  Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng merupakan remaja yang berbilang bangsa.

1. Masyarakat yang berbilang bangsa dan agama
- Contohnya,Cikgu Saiful bapa kepada Doktor Fikri berbangsa Melayu,Doktor Vasuthevan yang bertanggungjawab membedah Puan Halipah, berbangsa India dan Cikgu Girlie Tan berbangsa Cina selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Kebangsaan Menggatal.

1. Masyarakat  orang asli
   Masyarakat orang asli di kampung Kuala Batu bergotong-royong mengadakan kenduriuntuk menyambut kedatangan Pegawai Pertanian iaitu Encik Hasrul.

2. Masyarakat pelajar
  -   Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy merupakan pelajar minat subjek sejarah.

2. Masyarakat pelajar
-   Doktor Fikri, Josy, Dayang Mahani, Sanin dan Aziz belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.

2.      Masyarakat pelajar
-   Hartini dan Satiah merupakan pelajar di Tingkatan Tiga Teratai, sekolah Menengah Kuala Batu .
-    
3. Masyarakat yang bertanggungjawab
    Ibu bapa Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng bertanggungjawab untuk mencari anak-anak mereka yang tidak pulang setelah mendaki puncak Gunung Datuk.

3. Masyarakat yang bertanggungjawab
     Cikgu Saiful  sentiasa mengambil berat pelajaran dan kehendak anaknya. Contohnya dia membenarkan anaknya mempraktikkan Pendidikan Kemahiran Hidup dengan berkebun sayur-sayuran, menternak ayam dan menjual sayur-sayuran.
3. Masyarakat yang bertanggungjawab
    Encik Hasrul  sanggup bertukar kerja di sebuah perkampungan orang asli di kawasan pedalaman setelah dinaikkan pangkat kerana menjalankan tanggungjawabnya memajukan masyarakat pedalaman.
4. Masyarakat yang melakukan kezaliman
   Dolah dan penjenayah yang lain telah menawan Fadhil, Ah Seng, Ramasamy dan Khairil Anuar serta mengerah mereka menggali tanah untuk mencari harta karun.

4. Masyarakat yang melakukan kezaliman
     Narius berdendam dengan Doktor Fikri yang disangka melaporkan kegiatan peras ugut mereka sehingga dirotan oleh pengetua. Mereka sanggup menganiaya Doktor Fikri dengan memasukkan barang curian ke dalam beg sekolah Doktor Fikri dan mencuri basikalnya.
4. Masyarakat yang melakukan kezaliman
   Junainah berdendam dengan Hartini yang telah menamparnya dengan membuat rancangan menuduh Hartini memiliki pil ecstacy sehingga Hartini di tahan di dalam lokap.


5.   Masyarakat yang baik hati
6.   Masyarakat yang mengamalkan kasih sayang
7.   Masyarakat yang setia kawan
8.   Masyarakat yang berani







Latar Masyarakat
( Perbezaan)

1. Masyrakat  yang tabah
   Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng tabah menghadapi kesusahan semasa ditawan oleh lima orang penjenayah dan dipaksa menggali tanah untuk mendapatkan harta karun.

1. Masyarakat yang tabah dan penyabar
     Sifat sabar Doktor Fikri sering diuji  apabila ia sering diperli dan diejek.Doktor Fikri juga tetap bersabar walaupun dituduh mencuri buku-buku di perpustakaan , pen dan dompet yang hilang.
.

 1. Masyarakat yang ego
Pak Morit melarang Satiah keluar rumah selepas tamat waktu persekolahan. Kawan-kawan Satiah juga dilarang berkunjung ke rumahnya. Dia juga tidak sekali-kali membenarkan Satiah menerima rawatan di hospital.


2. Golongan pelajar yang minat mengkaji  sejarah negara
   Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy mewakili golongan remaja yang sangat minat akan subjek sejarah dan mempunyai rasa ingin tahu yang mendalam tentang Istana Menanti


2. Golongan pelajar yang minat berkebun dan menternak
Doktor Fikri  gigih memelihara ayam dan mengusahakan sayur-sayuran di kebunnya  sehingga membuahkan hasil yang kemudiannya dijual di Tamu Menggatal.


2. Golongan pelajar yang minat belajar
Hartini Dan Satiah sangat minat dan rajin belajar sehingga memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR dan kemudian melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama.



Nilai kemanusiaan/ Nilai kemasyarakatan
( Persamaan )

















Nilai kemanusiaan/ Nilai kemasyarakatan
( Persamaan)
1. Nilai. Bertanggungjawab
Tuk Ngah bertanggungjawab dan mengambil berat akan keselamatan Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy dengan membuat laporan kepada pihak polis apabila mendapati mereka hilang
1. Nilai Bertanggungjawab
- pengetua SMK Menggatal sanggup merotan pelajar yang terlibat dalam kes peras ugut di dewan sekolah.
 - Cikgu Wahab juga melaksanakan tugasnya sebagai   guru disiplin dengan tegasnya.
1. Nilai Bertanggungjawab
-   Encik Hasrul seorang bapa yang bertanggungjawab. Dia telah beberapa hari tidak tidur untuk menyiasat kes dadah yang melibatkan anak perempuan, Hartini untuk membuktikan bahawa anaknya tidak bersalah.


2. Nilai Kasih sayang
-   Ibu-bapa Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy sangat sayang akan anak mereka.Mereka berasa amat risau apabila anak-anak mereka lewat pulang dan segera berpakat mencari mereka.

2. Nilai Kasih sayang
- Cikgu Saiful dan Puan Halipah sangat sayang akan anak kandung mereka dan sentiasa memenuhi kehendak anak kesayangan. Sebagai contoh, Cikgu Saiful sanggup menemani anaknya mengutip najis lembu sebagai baja sayur-sayuran ketika diminta oleh anaknya.
2. Nilai Kasih sayang
- Encik Hasrul dan Puan Sarah juga sangat menyayangi anak angkat mereka, iaitu Satiah malah sanggup menanggung kos perubatan Satiah di hospital
3.Nilai Ketabahan
  -   Fadhil, Ramasamy, Ah Seng dan Khairil tabah dalam menghadapi penjenayah yang mengerah tenaga mereka untuk menggali tanah bagi mendapatkan harta karun. Mereka diugut akan dibunuh sekiranya tidak mengikut arahan.

3.Nilai Ketabahan
sebagai anak balar yang cacat dari segi kulit, Doktor Fikri sentiasa tabah dan sabar ketika diejek, disindir malah dianiaya oleh murid lain.

3.Nilai Ketabahan
-     Contohnya Satiah sentiasa sabar dan tabah terhadap penyakitnya. Walaupun dia menanggung penderitaan yang tidak terperi, dia tetap bertenang dan tidak mahu kawan dan emaknya menaruh bimbang terhadapnya.


4. Nilai Baik Hati
 -  Dolah menghlurkan plastik yang berisi minuman kepada Ah Seng kerana dia tahu Ah Seng dalam kehausan.

4. Nilai Baik Hati
 - Cikgu Saiful mengambil keputusan untuk menjamin Narius keluar dari lokap walaupun budak lelaki itu sering membuli dan menganiaya anaknya.


 4. Nilai Baik Hati   
      Ketika tinggal di rumah Hartini, Satiah sentiasa membantu kerja-kerja rumah. Satiah menyediakan sarapan pagi dan mengangkat baju di ampaian tanpa disuruh.

5. Nilai Keberanian
    Tiga sahabat itu berani ke puncak Gunung Datuk semata-mata untuk melihat keunikan Istana Menanti.Begitu juga dengan Khairil Anuar yang berani bersendirian semata-mata untuk mengkaji sendiri nilai sejarah yang ada di situ.


5. Nilai Keberanian
    Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang meminta wang yang kononnya sebagai cukai keselamatan terhadap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal

5. Nilai Keberanian
      Hartini sanggup dimarahi oleh Pak Morit supaya Satiah dapat dihantar ke hospital kerana tidak sanggup melihat penderitaan Satiah akibat penyakit barah paru-paru.

6. Nilai setia kawan / Bantu membantu
 Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng mempunyai semangat setiakawan yang sangat kuat. Mereka bersepakat untuk mengetahui sejarah serta keunikan Istana Menanti.

6. Nilai setia kawan
. Josy tetap berkawan dengan Doktor Fikri walau apa juga rintangan dan tuduhan yang dilemparkan kepada Doktor Fikri.
6. Nilai Setia kawan
   Contohnya persahabatan Hartini dan Satiah yang erat menyebabkan mereka sentiasa mengambil berat antara satu sama lain. Hartini sanggup menjaga Satiah di hospital ketika dia sakit.






























Pengajaran
( Persamaan)

























Pengajaran
( Persamaan)
1. Kita hendaklah bertanggungjawab melaksanakan tugas atau amanah yang diberikan
-  Tuk Ngah bertanggungjawab dan mengambil berat akan keselamatan Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy dengan membuat laporan kepada pihak polis apabila mendapati mereka hilang
1. Kita hendaklah bertanggungjawab melaksanakan tugas atau amanah yang diberikan
- pengetua SMK Menggatal sanggup merotan pelajar yang terlibat dalam kes peras ugut di dewan sekolah.
 - Cikgu Wahab juga melaksanakan tugasnya sebagai   guru disiplin dengan tegasnya
1. Kita hendaklah bertanggungjawab melaksanakan tugas atau amanah yang diberikan
Encik Hasrul seorang bapa yang bertanggungjawab. Dia telah beberapa hari tidak tidur untuk menyiasat kes dadah yang melibatkan anak perempuan, Hartini untuk membuktikan bahawa anaknya tidak bersalah

2. Kita harus hormat dan taat kepada ibu bapa
 - Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy meminta keizinan ibu bapa mereka untuk pergi ke Istana Menenti
2. Kita harus hormat dan taat kepada ibu bapa. Doktor Fikri sentiasa mematuhi perintah ibu bapanya. Dia juga meminta kebenaran ibu bapanya dahulu sebelum bertindak, seperti membeli basikal dengan wang simpanan sendiri
2. Kita harus hormat dan taat kepada ibu bapa.
    Hartini hormat kepada ibu bapanya. Ketika menghadapi kegelisahan, dia akan meminta pandangan daripada ibu bapanya. Satiah juga hormat dan taat kepada ibu bapanya. Dia menerima perintah bapa tanpa mengingkari kehendak bapanya.


3. Kita perlulah membantu golongan yang memerlukan
 -  penduduk kampung dan anggota polis menjalankan gerakan mencari tiga orang remaja yang hilang di sekitar Gunung Datuk .

3. Kita perlulah membantu golongan yang memerlukan
 - Cikgu Saiful mengambil keputusan untuk menjamin Narius keluar dari lokap walaupun budak lelaki itu sering membuli dan menganiaya anaknya.


 3. Kita perlulah membantu golongan yang memerlukan
Encik Hasrul dan isterinya sedia memberikan bantuan kepada orang lain. Mereka sentiasa menghantar Satiah ke hospital dan sanggup menanggung kos perubatan Satiah.
.

4. Kita mestilah menyanyangi sesama insan
    Ibu-bapa Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy sangat sayang akan anak mereka.Mereka berasa amat risau apabila anak-anak mereka lewat pulang dan segera berpakat mencari mereka.


4. Kita mestilah menyanyangi sesama insan
- Cikgu Saiful dan Puan Halipah sangat sayang akan anak kandung mereka dan sentiasa memenuhi kehendak anak kesayangan. Sebagai contoh, Cikgu Saiful sanggup menemani anaknya mengutip najis lembu sebagai baja sayur-sayuran ketika diminta oleh anaknya.




4. Kita mestilah menyanyangi sesama insan
   - Encik Hasrul dan Puan Sarah sangat menyayangi anak angkat mereka, iaitu Satiah malah sanggup menanggung kos perubatan Satiah di hospital
5. Kita perlulah bersikap setia kawan
Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng mempunyai semangat setiakawan yang sangat kuat. Mereka bersepakat untuk mengetahui sejarah serta keunikan Istana Menanti.
5. Kita perlulah bersikap setia kawan
Josy tetap berkawan dengan Doktor Fikri walau apa juga rintangan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
5. Kita perlulah bersikap setia kawan
   persahabatan Hartini dan Satiah yang erat menyebabkan mereka sentiasa mengambil berat antara satu sama lain. Hartini sanggup menjaga Satiah di hospital ketika dia sakit.


6. Kita mestilah tabah menghadapi dugaan hidup
Fadhil, Ramasamy, Ah Seng dan Khairil tabah dalam menghadapi penjenayah yang mengerah tenaga mereka untuk menggali tanah bagi mendapatkan harta karun. Mereka diugut akan dibunuh sekiranya tidak mengikut arahan.


6. . Kita mestilah tabah menghadapi dugaan hidup
     Doktor Fikri tabah walaupun difitnah mencuri buku dari perpustakaan oleh Narius dan rakan-rakannya. Akhirnya  Narius ditangkap pihak polis kerana  kesalahan mengopak cermin kereta.
6. Kita mestilah tabah menghadapi dugaan hidup
   Satiah yang menghidap penyakit barah paru-paru tabah menghadapi penyakitnya dan tetap meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Tangjung Bestari.
7. Kita janganlah terlibat dalam kegiatan yang  menyalahi undang-undang/ masalah sosial
Dolah sanggup bersekongkol
dengan pihak komunis dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan selepas Tanah Melayu Merdeka.

7. Kita janganlah terlibat dalam kegiatan yang  menyalahi undang-undang/ masalah sosial
   Narius merupakan gengster di sekolahnya. Dia sentiasa membuli murid yang lemah dan memeras ugut pelajar yang baru seperti Doktor Fikri. Dia juga ditangkap oleh pihak polis kerana kesalahan mengopak cermin kereta
7. Kita janganlah terlibat dalam kegiatan yang  menyalahi undang-undang/ masalah sosial .
Anak perempuan sulung Pak Morit terlibat dalam penagihan dadah sehingga mati kerana menghidap penyakit AIDS. Mak Usu kepada Hartini dan anak ketiga Mak Leha juga terlibat dalam penagihan dadah sehingga menghampakan ibu mereka.



8. Kita mestilah berani menegakkan kebenaran
  -   Tiga sahabat itu berani ke puncak Gunung Datuk semata-mata untuk melihat keunikan Istana Menanti.Begitu juga dengan Khairil Anuar yang berani bersendirian semata-mata untuk mengkaji sendiri nilai sejarah yang ada di situ.


8. Kita mestilah berani menegakkan kebenaran
-    Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang meminta wang yang kononnya sebagai cukai keselamatan terhadap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal

8. Kita mestilah berani menegakkan kebenaran
Hartini sanggup dimarahi oleh Pak Morit supaya Satiah dapat dihantar ke hospital kerana tidak sanggup melihat penderitaan Satiah akibat penyakit barah paru-paru.












Teknik Plot
( Persamaan )































Teknik Plot
( Persamaan )

1.Teknik Pemerian / penceritaan
  -  Pengarang mengetengahkan latar masa yang menjelaskan suasana waktu senja iaitu cahaya siang bertukar kepada malam yang gelap.
Pengarang menyatakan tentang bilik peraduan raja.Pengarang menyatakan di dlam bilik itu terdapat sebuah katil besi, sebuah almari yanag telah usang, beberapa batang tombak dan seluruh bilik itu dihiasi dengan ukiran kayu

1.Teknik Pemerian / penceritaan
- Pengarang mengetengahkan latar masa iaitu pada waktu petang. Pada petang itu. Narius, Jais dan Jamadi duduk di bawah sebatang pokok yang rendang sambil menunggu Doktor Fikri pulang dari sekolah. Pokok itu terletak di pinggir jalan.



1.Teknik Pemerian / penceritaan
-   Pengarang menceritakan sambutan masayarakat orang asli terhadap kedatangan Pegawai Pertanian, Encik Hasrul ke Kampung Kuala Batu.
 -   Teknik ini juga digunakan oleh pengarang untuk menceritakan peristiwa ketika Mak Sukin datang ke rumah Hartini dengan rembesan air mata untuk memberitahu bahawa Pak Morit tetap tidak bersetuju untuk menghantar Satiah ke hospital.

2. Teknik imbas kembali
Tuk Ngah menceritakan kembali kepada Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng  tentang tiga oranag kegagalan tiga orang pelancong Eropah mencari Istana Menanti di Gunung Datuk

2. Teknik imbas kembali
-   Ingatan Cikgu Saiful menerawang pada ketika isterinya mula-mula mengandung dahulu. Puan Halipah mengalami munta-muntah sewaktu kandungannya berusia dua bulan.Dia juga hilang selera makan..

2. Teknik imbas kembali
-   Encik Hasrul menceritakan kembali peristiwa bagaimana anak Pak morit terlibat dengan kegiatan penagihan dadah kepada Hartini dan isterinya.

3. Teknik dialog
Perbualan antara Ah Seng dan Ramasamy tentang penunggu di dalam istana.
-  Perbualan antara Fadhil dengan Khairil tentang siapa khairil sebenarnya.

3. Teknik dialog
-   Dialog yang diucapkan oleh Cikgu Saiful ketika memberitahu isterinya, Puan Halipah nama yang bakal diberikan kepada bayi lelaki mereka.Daia meletakkan nama Doktor Fikri bersempena nama seorang doktor yang budiman yang turut bersolat di surau bersama-samanya dan mendoakan keselamatan Puan Halipah dan anak mereka..

3. Teknik dialog
- Teknik ini digunakan ketika Hartini berbual dengan neneknya tentang keadaan Mak Usunya yang pernah tinggal bersama neneknya sebelum ini dan telah tinggal bersama Pak Longnya di Ipoh. Dalam perbualan tersebut juga neneknya telah menceritakan keadaan Mak Usunya yang terlibat dengan penagihan dadah.

4. Teknik saspen
 -   Pembaca tertanya-tanaya adakah Fadhil, Ramasamy, Ah Seng dan Tuk Ngah berjaya sampai ke puncak Gunung datuk dan menemui Istana menanti.
-    Pembaca tertanya-tanya tapak kaki siapakah yanag didengar oleh Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng ketika mereka berada di bilik peraduan raja.
-   Pembaca juga tertanya-tanya  siapa sebenarnya Khairil. Adakah benar dia juga tersesat atau mempunyai niat yang lain.


4. Teknik Saspen
Pembaca tertanya-tanya akan nasib dan masa depan Doktor Fikri yang cacat.Apabila bersekolah, dia diejek oleh rakan-rkan dan beberapa orang guru. Di sini , pembaca akan dapat melihat kemampuan  Doktor Fikri menangani ayau menepis semua ejekan itu sama ada meneruskan persekolahan atau tidak.

4. Teknik saspen
-   Pengarang menggunakan teknik ini apabila Pak Morit bertekad mahu mengubati penyakit barah Satiah dengan menggunakan khidmat dukun. Pembaca tertanya-tanya sama ada dukun berjaya atau tidak mengubati peyakit Satiah.

5. Monolog dalaman
  - Ah Seng memikirkan nasib yang bakal menimpanya apabila ditwan. Dia bersa cemas apabila melihat beberap orang mengali tanah kerana menyangka mereka sedang mengali kubur untuknya
-
5. Monolog dalaman
   - Doktor Fikri bercakap dalam hatinya tentang rakan-rakannya yanag sedang berbisik dan ketawa. Doktor Fikri menganggap rakan-rakannya itu sedang memperkatakan sesuatu tentang dirinya

5. Monolog dalaman
- Teknik ini digambarkan oleh pengarang melalui rintihan Hartini dalam hatinya tentang penderitaan dan kenangan manis yang ditinggalkan oleh Satiah selepas satiah meninggal dunia















GAYA BAHASA



1. Diksi / pemilihan perkataan
   - Bahasa Arab- Alhamdulillah, Astaghfirullahalazim
   - Bahasa istana-  bersemayam, ditabalkan, baginda, peraduan -                                                                                                        


1. Diksi
   - Bahasa Ingeris – ‘nurse’, ‘
   - Bahasa Arab – Allah,nauzubillahiminzalik


1. Diksi
  -  Bahasa Ingeris – ‘mood’, ‘computer games’, ‘phobia’
   - Bahasa Arab – Allahyarhamah Satiah

2. Peribahasa
  - Masuk akal, tali barut.

2. Simpulan Bahasa
   - Buku lima, keras hati
2. Peribahasa
  - ringan tulang, berbesar hati, sepandai-ppandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

3. Metafora – membuka diari ingatannya,
3. Metafora
   - Kilang fikirannya bekerja keras.
3. Metafora
 - ...rasanya kotak  fikiranku belum...

4. Simile - 
    ‘...atapnya melentik seperti tanduk kerbau,
Seperti tidak masuk akal
4.Simile
   -  Telapak tangannya berasa sejuk bagaikan tidak cukup darah.
- suasananya agak bising bagaikan tikus yang ketiadaan kucing.
4. Simile
 - Satiah seperti sekuntum bunga

5. Personafikasi
    - Mustahil angin yang menguncinya
- angin petang berhembus perlahan
5. Personafikasi
   - Senja sudah menjamah suasana.
5. Personafikasi
 - Kata- kata Satiah amat mencucuk hatiku
- aku bangun ketika udara sejuk menerjah tubuh

6. Sinkop
   - kalau kamu nak selamat
- Kepala kau berdarah
6. Sinkop
  -  Sekarung besar itu ayam boleh habiskan tak sampai sebulan
6. Sinkop
 -  Tak apalah Sarah
-  Bapa, Tini bukan nak tunjuk pandai




















PLOT






























PLOT

PERMULAAN
- Permulaan plot ialah sewaktu tiga orang remaja iaitu Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng berbual dengan Tuk Ngah di rumah Tuk Ngah. Perbualan mereka berkisar tentang sejarah setempat terutamanya tentang sebuah Istana yang lama ditinggalkan iaitu Istana menanti.
      Minat ketiga-tiga sahabat itu terhadap sejarah  membuatkan mereka ingin mendaki Gunung Datuk untuk melihat Istana Menanti dari dekat.
.

PERMULAAN
-     Bahagian permulaan plot novel Di Sebalik Wajah mengisahkan Cikgu Saiful yanag menunggu kelahiaran bayinya di Hospital Ratu Elizabeth.
-     Kemudian, isterinya Puan Halipah telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki, namuan bayi itu balar. Anak itu dinamakan Doktor Fikri.


PERMULAAN
-     Cerita dimulakan dengan latar belakang keluarga Encik Hasrul. Encik Hasrul yang bertugas sebagai pegawai pertanian, telah ditawarkan berkhidmat di sebuah perkampungan orang asli. Ahli keluarganya terpaksa mengikut Encik Hasrul berpindah ke Kampung Kuala Batu sebagai menghormati beliau sebagai ketua keluarga.

PERKEMBANGAN
-      Tuk Ngah bersetuju menemani ketiga-tiga sahabat itu ke puncak Gunung datuk. Akhirnya mereka memasuki istana Menanti . Fadhil. Ramasamy dan Ah Seng memasuki istana dan sampai ke sebuah bilik iaitu bilik peraduan raja.
-      Mereka terperangkap kerana pintu bilik itu terkunci dan gagal mencari jalan keluar . Kemudian mereka menemui sebuah terowong bawah tanah.Mereka menemui Khairil yang mendakwa turut sama tersesat di dalam istana itu.
-       Ah Seng telah ditawan oleh seorang pemuda. Ramasamy,Fadhil dan Khairil turut dibawa ke tempat AhSeng dan mereka dipaksa mengali tanah untuk mempercepatkan proses mencari harta tersebut


PERKEMBANGAN
-      Doktor bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal kerana mengikut bapanya berpindah. Dia mejadi bahan ejekan di sekolah kerana namanya yang unik dan penampilannya yang berbeza.. Di Sekolah, dia berkawan baik dengan Sanin,Aziz, Dayang Mahani, Suriani dan Josy. Doktor Fikri berkongsi hobinya iaitu berkebun dengan lima orang rakannya.
-     Doktor Fikri dibuli oleh Narius dan rakan-rakannya.Mereka memeras ugut  Doktor Fikri untuk memberikan wang sebagai cukai kepada mereka.Namun akhirnya mereka tertangkap oleh pihak sekolah dan dihukum rotan di hadapan perhimpunan sekolah.Rentetan itu mereka berdendam kepada Doktor Fikri
-     Mereka memfitnah Doktor Fikri mencuri  buku-buku perpustakaan, pen dan dompet yang dilaporkan hilang . Nama baik Doktor Fikri tercemar dan dipulaukan oleh rakan-rakanya.






PERKEMBANGAN
- Keluarga Encik Hasrul mengambil Satiah yang merupakan kawan karib Hartini sebagai anak angkat.
- Hubungan antara keluarga Encik Hasrul dengan Pak Morit semakin erat. Hartini menjalani kehidupan seperti biasa namun Satiah terpaksa bertarung dengan penyakit yang dihidapinya.



KLIMAKS
-       Klimaks novel ini bemula daripada penemuan harta yang digali oleh Fadhil, Ramasamy , Ah Seng dan Khairil.  Selepas harta itu dijumpai kelima-lima lelaki itu meninggalkan Khairil, Fadhil dan rakan-rakannya.
-       Sarjan Mokhtar, beberapa anggota polis dan ornag kampung melakukan gerakan mencari Fadhil dan rakan-rakannya. Kelima-lima penjenayah tersebut diberkas  ketika mengheret keluar peti besi.
     
KLIMAKS
-     Narius dan rakan-rakanya ditahan polis atas tuduhan mencuri . Mereka berkomplot di bawah kelolaan seorang bekas  banduan.
-     Cikgu saiful menjamin  Narius keluar dari lokap atas pujukan Doktor Fikri. Setelah itu , hubungan Narius dan Doktor Fikri menjadi rapat.
-     Kehilangan Doktor Fikri selama dua hari menjadi tanda tanya. Rakan-rakannya berasa khuatir akan kemungkinan bahawa Doktor Fikri terjerumus ke arah kejahatan.

KLIMAKS
- Penyakit Satiah semakin serius walaupun Pak Morit telah menghantar anaknya berubat dengan seorang dukun di Kampung Langsat. Satiah pengsan pada hari keputusan PMR diumumkan. Darah keluar membuak-buak dari mulutnya sehingga Pak Morit akhirnya bersetuju menghantar Satiah ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


PELERAIAN
-      Fadhil dan rakan-rakannya akhirnya ditemuiadhil, Ramasamy, Tuk Ngah, Ah Seng dan Khairil di balai raya yang dihadiri oleh Menteri Bear,ketua polis, guru besar dan orang akampung.
-       Mereka diberi hadiah  dan peristiwa itu tersiar  di dalam akhbar

PELERAIAN
-     Narius memberikan sepucuk surat daripada Doktor Fikri kepada Aziz dan rakan-rakannya.
-     Doktor Fikri mengikut ayahnya menyambung pelajaran di jepun selama lima tahun. Setelah setahun merantau, Doktor Fikri kembali bercuti ke tanah air dan kepulangannya disambut mesra oleh rakan-rakan baiknya.
-     Akhir sekali,Doktor Fikri dan keluarganya mendaki puncak Kinabalu.


PELERAIAN
-     Setelah bertahun-tahun menanggung penderitaan akhirnya Satiah menemui ajal. Dalam catatan hariannya, Satiah telah meminta Hartini supaya menanam sepohon Cempaka Putih di pusaranya. Permintaan tersebut telah ditunaikan oleh Hartini sebelum dia kembali ke asrama.



Semoga Berjaya