PENULISAN

Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.

Soalan 1

Amalan menabung perlu dipupuk oleh ibu bapa kepada anak-anak sejak awal lagi. Nyatakan kebaikan-kebaikan yang diperolehi dengan amalan menabung.


Soalan 2


Anda ditugaskan untuk memberi ceramah sempena Minggu Bahasa di sekolah anda. Tajuk ceramah yang akan anda sampaikan ialah ' Bahasa Jiwa Bangsa'. Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.

Soalan 3

Aku merenung wajah ibu. Mata ibu berkaca-kaca dan akhirnya dipenuhi air jernih yang jatuh deras mengalir di pipi.....
Tulis sebuah cerita menarik bermula dengan perenggan di atas.