SPM


                                                  Novel

Soalan 1

Latar masyarakat sangat penting dalam sesebuah karya. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan perbezaan  latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.
                                                                                                           [8 Markah]
Jawapan

Latar masyarakat dalam novel Putera Gunung Tahan ialah masyarakat yang mengamalkan adat kebudayaaan tradisional. Manakala dalam novel Di Hadapan Pulau, wujud latar masyarakat yang mempercayai perkara karut .Contohnya, dalam novel Putera Gunung Tahan Tuan Robert terpaksa mengikut adat perkahwinan orang Sakai dengan memanjat pokok semasa adat perkahwinan manakala dalam novel Di Hadapan Pulau,  latar masyarakat yang mempercayai perkara karut. Contohnya, Aziz dan penduduk di perkampungan mempercayai pulau di hadapan berpuaka atau berpenunggu.

Latar masyarakat yang berbilang agama dalam novel Putera Gunung Tahan tetapi  dalam novel Di Hadapan Pulau sebahagian besar watak-wataknya beragama Islam contohnya, watak Perempuan Tua beragama Islam manakala Tuan Wiliam dan Tuan Robert beragama Kristian tetapi Aziz, Afidah dan Tuk Marzuki dalam novel Di Hadapan Pulau beragama Islam.

Kedudukkan latar geografinya yang berbeza iaitu latar masyarakat novel Putera Gunung Tahan berlatarkan masyarakat yang tinggal di kawasan hutan dan pergunungan.Misalnya, Ratu Bongsu menguasai dan tinggal di puncak Gunung Tahan. Manakala latar masyarakat novel Di Hadapan Pulau berlatarkan masyarakat yang tinggal di perkampungan Melayu tepi pantai seperti Raihan dan Zubir tinggal di situ dan bekerja sebagai nelayan.

          Perbezaan dari segi pekerjaan masyarakat, novel Di Hadapan Pulau menggambarkan sebahagian besar masyarakatnya bekerja sebagai nelayan tetapi novel Putera Gunung masyarakatnya terdiri daripada pemerintah, penyiasat, pejuang tanah air, Tuk Batin dan juga pegawa.Contohnya Ratu Bongsu sebagai pemerintah dan Tuan Robert sebagai penyiasat dalam novel Putera Gunung Tahan.Contohnya,  Raihan dan Zubir bekerja sebagai nelayan.











Novel

Soalan 2

Bincangkankan pegangan agama yang diamalkan oleh masyarakat dalam kedua-dua novel yang anda kaji.
                                                                                                    [ 8 Markah ]
Jawapan

 Latar masyarakat yang mengambil berat akan pendidikan agama.Contohnya, dalam novel Di Hadapan Pulau Syed Fikri berazam untuk membantu Aziz dan rakan-rakannya mengerjakan sembahyang dan mengaji al.Quran manakala dalam novel Putera Gunung Tahan Perempuan Tua berpegang teguh pada ajaran agama walaupun telah lama tinggal bersama orang Sakai. Begitu juga dengan watak Syed Fikri yang sentiasa mengamalkan sikap jujur dalam perniagaan dengan berpandukan cara Islam.

          Novel Putera Gunung Tahan memaparkan pegangan agama kristian dalam watak Tuan Robert dan Tuan William buktinya, Tuan Robert mengatakan kepada Perempuan Tua bahawa agama Kristian lebih baik berbanding agama lain.Manakala dalam novel Di Hadapan Pulau majoriti penduduknya beragama Islam berdasarkan amalan hidup Syed Fikri dan nama-nama watak yang terlibat.
                                                 
                                                 

Novel

Soalan 3

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari , huraikan persamaan-persamaan nilai kemanusiaan yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.
                                                                                                    [ 8 markah ]



Jawapan

         Kedua-dua novel ini memaparkan nilai hormat-menghormati.Contohnya,dalam novel Putera Gunung Tahan, Perempuan Tua walaupun beragama Islam dia amat menghormati kepercayaan dan adat istiadat orang sakai manakala contohnya dalam novel di Hadapan Pulau, Aziz menghormati Syed Fikri dengan bersalam dan mencium tangannya setiap kali  berjumpa dengannya.

         Kedua-dua novel ini juga memaparkan nilai baik hati. Contohnya,dalam novel Putera Gunung Tahan Ratu Bongsu melayan kedatangan Tuan William dengan baik  walaupun baginda sedar niat sebenar Tuan William manakala  contohnya, dalam novel Di Hadapan Pulau  Tuk Marzuki sentiasa mengambil berat terhadap Aziz.

         Kedua-dua novel ini juga memaparkan nilai taat setia.Contohnya, dalam novel Putera Gunung Tahan boleh dilihat pada  watak  Tuan William dan Tuan Robert yang berusaha menunaikan impian tuan mereka supaya mencari kawasan yang boleh dijadikan kawasan peranginan orang Barat manakala contohnya,dalam novel Di Hadapan Pulau , Joyah isteri Budin amat taat dengan suaminya, walaupun Budin tidak bertanggungjawab seperti mabuk dan berjudi



Novel

Soalan 4

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari , huraikan perbezaan-perbezaan latar masa yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.
                                                                                          [ 8 markah ]

Jawapan

Latar masa dalam novel Putera Gunung Tahan pada zaman penjajahan British manakala  novel Di Hadapan Pulau ialah zaman peralihan kuasa penjajah British kepada Jepun dan zaman pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu. Contohnya sebelum Jepun, kawasan ini dijajah oleh tentera British. Tetapi dalam novel Putera Gunung Tahan ialah pada zaman penjajahan British contohnya, nama-nama pejuang seperti Bahaman.Mat Kilau dan Mat Gajah.

          Dari segi tahun dalam novel Putera Gunung Tahan, berlaku sekitar tahun dua puluhan, misalnya tahun 1926 berlaku banjir besar di Kuala Lumpur.Ketika hujan lebat Tuan Robert dan Tuan William berteduh di dalam gua. Manakala dalam novel  Di Hadapan Pulau, peristiwa berlaku sekitar tahun empat puluhancontohnya, tentera Jepun menyerang Tanah Melayu pada tahun 1945 iaitu peristiwa penduduk Kampung Aziz diserang Jepun.

          Latar masa pada waktu malam dalam novel Putera Gunung Tahan tetapi waktu pagi dalam novel Di Hadapan Pulau.Contohnya, dalam novel Di Hadapan Pulau pada waktu pagi Raihan dan Zubir berusaha untuk pergi ke laut untuk menangkap ikan.Contohnya, dalam novel Putera Gunung Tahan Tuan William berasa risau akan keadaan yang berlaku kepada Tuan Robert.



                                                 

Novel

Soalan 5

Berdasarkan dua novel yang anda kaji, huraikan  3  persamaan  nilai murni dalam kedua-dua novel tersebut.
                                                                                                    [ 8 markah ]
                           
Jawapan

Persamaan nilai yang terdapat dalam kedua-dua novel yang saya kaji ialah, nilai kasih sayang.Buktinya, dalam novel Putera Gunung Tahan ialah kasih sayang Ratu Bongsu terhadap Mem William yang berlainan agama dan bangsa.Contohnya, dalam novel Di Hadapan Pulau watak Tuk Marzuki yang menunjukkan kasih sayangnya terhadap Aziz dengan mengambil berat tentang kehidupan Aziz.

Nilai keberaniaan. Contohnya,dalam novel Di Hadapan Pulau watak Aziz yang berani ke kawasan kubu lama untuk mencari bekalan makanan .Watak Tuan Robert juga berani berhadapan dengan masyarakat Sakai semasa beliau ditawan oleh orang Sakai dengan mempersoalkan kepercayaan yang diwarisi oleh orang-orang Sakai dalam novel Putera Gunung Tahan.

Nilai ketabahan .contohnya, ketabahan watak Joyah yang menghadapi kerenah suaminya yang tidak bertanggungjawab dalam novel Di Hadapan Pulau.Begitu juga watak Perempuan Tua yang tabah menghadapi kesukaran semasa melarikan diri ke dalam hutan serta melahirkan Ratu Bongsu dengan bersendirian dalam novel Putera Gunung Tahan.
















                                                 

Novel

Soalan 6

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji ,huraikan nilai pengorbanan yang terdapat dalam  novel tersebut.
                                                                                                    [ 8 markah ]

Jawapan

Nilai pengorbanan sememangnya wujud dalam kedua-dua novel yang saya kaji.Novel Putera Gunung Tahan memaparkan nilai pengorbanan melalui watak Perempuan Tua contohnya, beliau sanggup tinggal di dalam hutan bersama orang Sakai yang berlainan kepercayaan dan agama setelah beliau melarikan diri daripada penjajah Inggeris.Contohnya,pengorbanan watak Joyah yang sanggup berhadapan dengan masalah suami yang pemabuk dan tidak bertanggungjawab dengan mencari rezeki sendirian untuk menampung keperluan keluarga  dalam novel Di Hadapan Pulau.

Pengorbanan dalam diri Tuan Willian  juga dijadikan nilai untuk kita.Buktinya Tuan William sanggup berkorban dengan meninggalkan isteri, dan tanah air untuk mencari kawasan peranginan bagi bangsa Inggeris dalam novel Putera Gununga Tahan.Nilai pengorbanan dalam diri Tuk Marzuki yang sanggup ke Merlimau Melaka untuk mendapat bekalan makanan dan melawat saudara yang sakit walaupun terpaksa meninggalkan Afidah dalam novel Di Hadapan Pulau.

Nilai pengorbanan juga dipaparkan melalui watak Mem William yang sanggup datang ke Puncak Gunung Tahan untuk bertemu dan mengikut kata suaminya ,bersubahat dengan tentera Inggeris mengebom Puncak Gunung Tahan dalam usaha menawan Puncak Gunung Tahan.Watak Syed Fikri yang sanggup berkorban masa dan kepakaran ilmu agama dalam usaha mendidik Aziz dan rakan-rakannya menjadi seorang muslim yang baik.





















Novel

Soalan 7

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajar,bandingkan nilai ketabahan yang ditekankan oleh pengarang dengan bukti-bukti yang jelas .
                                                                                          [ 8 markah ]

 Jawapan

Nilai ketabahan dapat dibuktikan melalui watak-watak dalam novel Putera Gunung Tahan dan novel Di Hadapan Pulau.Watak Tuan William menjelaskan nilai ketabahan contoh, Tuan William tabah menghadapi kesulitan semasa berada di hutan dengan kematian Ali dan Awang serta kehilangan Tuan Robert ,beliau masih sanggup meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Tahan.Ketabahan watak Joyah menghadapi kerenah suaminya(Budin) yang pemabuk dan sering memukulnya menjelaskan nilai ketabahan dalam novel Di Hadapan Pulau.

          Nilai ketabahan juga dibuktikan melalui watak Perempuan Tua yang tabah menghadapi kesukaran semasa melarikan diri ke dalam hutan dan tabah melahirkan anaknya dalam keadaan bersendirian.Watak Aziz yang tabah menghadapi kesukaran untuk meneruskan kehidupan dengan mencari makanan sendirian dan tabah menghadapi nasibnya yang kehilangan ibu bapanya.

          Nilai ketabahan juga dapat difokuskan dalam watak Tuan Robert.Buktinya Tuan Robert tetap tabah berusaha untuk mendapatkan gadis Sakai yang digilainya setelah dikenakan ubat cenuai.Ketabahan watak Afidah yang menerima kematian datuknya akibat terkena bom dan ketabahannya meneruskan kehidupan juga menjelaskan nilai ketabahan dalam novel Di Hadapan Pulau.



















Novel

Soalan 8

Nilai baik hati perlu diamalkan oleh masyarakat kini.Berdasarkan novel yang anda pelajari, bandingkan nilai ini dalam kedua-dua novel yang anda kaji.
                                                                                                  [ 8 markah ]

Jawapan

          Nilai baik hati terdapat dalam novel Putera Gunung Tahan dan novel Di Hadapan Pulau.Contohnya, Ratu Bongsu melayan kedatangan Tuan William dengan baik walaupun baginda sedar niat sebenar Tuan William .Manakala dalam novel Di Hadapan Pulau Tuk Marzuki sentiasa mengambil berat terhadap Aziz.

          Bukti dalam watak Perempuan Tua yang baik hati menerima kunjungan Tuan Robert dengan baik hati walaupun beliau tahu Tuan Robert seorang berbangsa Inggeris.Contoh dalam novel Di Hadapan Pulau melalui watak Syed Fikri yang bersifat baik hati dengan turut berasa risau dengan kehilangan jiran-jirannya yang ditawan oleh tentera Jepun seperti Dorani dan Soerjono dan  berasa gembira apabila watak tersebut dibebaskan oleh tentera Jepun.

          Nilai baik hati juga dijelaskan melalui watak Kusina.Contoh Kusina dengan rela hati melayan permintaan Tuan William untuk ke Puncak Gunung Tahan walau Tuan William mempunyai niat yang tidak baik.Mat Ketong juga membuktikan nilai baik hati dengan menjaga Afidah semasa Tuk Marzuki ke Merlimau Melaka.


                                                 






















Novel

Soalan 9

Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan persamaan nilai murni yang terdapat dalam kedua-dua novel yang anda kaji.
                                                                                                    [ 8 markah ]
Jawapan

Persamaan nilai-nilai murni yang terdapat novel Di Hadapan Pulau dan Putera Gunung Tahan dapat dijelaskan melalui beberapa orang watak. Misalnya,nilai taat setia pada watak Tuan Robert dan tuan William yang berusaha menunaikan impian tuan mereka untuk mencari kawasan yang boleh dijadikan kawasan peranginan orang Barat.Watak Joyah iaitu isteri Budin yang amat taat setia dengan suaminya,walaupun Budin tidak bertanggungjawab seperti mabuk dan berjudi.

Nilai simpati atau belas kasihan juga boleh dilihatkan menerusi watak Ratu Bongsu yang bersimpati dengan nasib Mem William yang tercedera akibat jatuh dari kapal terbang yang terhempas dengan merawat Mem William sehingga pulih.Contohnya,dalam novel Di Hadapan PulauTuk Marzuki yang amat bersimpati dengan nasib Aziz yang sudah kematian bapa manakala ibunya pula tidak pernah ditemui.

Nilai keberanian dapat dilihat menerusi watak Tuan Robert dan Tuan William yang berani menempuh pelbagai halangan dan bahaya ketika dalam perjalanan ke puncak Gunung Tahan.Manakala dalam novel Di Hadapan Pulau dapat dilihat bagaimana Aziz berani menempuh dugaan-dugaan dalam zaman perang dengan berusaha mencari makanan walaupun di tempat yang bahaya iaitu di kubu lama.









                                                 












Novel

Soalan 10

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari,huraikan persamaan nilai kemanusiaan yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.
                                                                                                                                                                                                                            [ 8 markah ]
Jawapan

Persamaan nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel Di Hadapan Pulau dan Putera Gunung Tahan ialah nilai keagamaan.Misalnya,watak Perempuan Tua yang masih berpegang teguh pada ajaran agama Islam dengan mengerjakan sembahyang dan puasa walaupun beliau telah lama tinggal bersama orang Sakai.Begitu juga dengan watak Syed Fikri yang teguh dengan amalan agama walaupun menghadapi kegetiran semasa perang serta sering menasihati Aziz dan rakan-rakannya agar menunaikan sembahyang.

Nilai kemanusiaan hormat–menghormati dapat dibuktikan melalui watak Perempuan Tua yang beragama Islam tetapi menghormati kepercayaan dan adat istiadat orang sakai dalam novel Putera Gunung Tahan.Contohnya, novel Di Hadapan Pulau dijelaskan melalui watak Aziz yang menghormati Syed Fikri dengan bersalam setiap kali berjumpa dengannya.

Nilai kesyukuran juga dipaparkan dalam kedua-dua novel ini. Buktinya,Tuan Robert bersyukur apabila tidak diapa-apakan ketika ditangkap oleh orang Sakai malah dilantik sebagai Batin Putih dalam novel Putera Gunung Tahan.Contohnya, dalam novel Di Hadapan Pulau watak Aziz tetap bersyukur dengan kehidupannya yang tiada ibu dan bapa tetapi masih mempunyai seorang makcik sebagai tempat menumpang kasih.
        























Novel

Soalan 11

Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, huraikan 3 nilai kemasyarakatan dalam novel kedua-dua novel tersebut.
                                                                                                                                         
                                                                                                           [ 8 markah ]


Jawapan

          Terdapat beberapa nilai kemasyarakatan dalam novel Putera Gunung Tahan. Antara nilai kemasyarakatnnya ialah bekerjasama. Contohnya, masyarakat orang Sakai di Perkampungan bekerjasama menjaga Tuan Robert semasa Tuan Robert ditawan supaya beliau tidak melepaskan diri. Contohnya, dalam novel Di Hadapan Pulau para penduduk bekerjasama semasa membina shelter iaitu Tuk Marzuki.

          Nilai berpegang kuat kepada ajaran agama Islam. Contoh,dalam novel Putera Gunung Tahan Perempaun Tua mengajarkan agama Islam mengamalkan amalan agama Islam walaupun telah lama tinggal dengan orang Sakai. Contohnya, dalam novel Di Hadapan Pulau, Syed Fikri yang merupakan seorang  yang tahu tentang agama mengajarkan Aziz dan rakan-rakannya sembahyang.

          Nilai kegigihan. Contohnya , Tuan Robert dan Tuan William gigih dalam pengembaraan mereka untuk mencari sebuah kawasan peranginan untuk orang barat. Contohnya, dalam novel Di Hadapan Pulau nilai kegigihan dipaparkan melalui watak Aziz berusaha mencari makanan dengan mengambil upah menjual todi.
























Novel

Soalan 12

Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, huraikan nilai hormat-menghormati dalam novel tersebut.
[8 markah]


Jawapan

          Nilai hormat-menghormati sememangnya ditekankan oleh pengarang dalam sesebuah novel. Dalam novel Putera Gunung Tahan contohnya Perempauan Tua walaupun beragama Islam beliau menghormati kepercayaan dan adat istiadat masyarakat orang Sakai. Contohnya, dalam novel Di Hadapan Pulau, Aziz menghormati Syed Fikri dengan bersalam setiap kali berjumpa dengannya.

          Nilai ini ditonjolkan melalui watak perempuan tua dalam novel Putera Gunung Tahan menghormati Tuan Robert dengan memanggilnya tuan walaupun beliau tahu tujuan tuan Robert adalah untuk menawan Puncak Gunung Tahan.Contohnya,dalam novel Di Hadapan Pulau Joyah menghormati suaminya Budin walaupun suaminya gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

          Nilai kemanusiaan juga dibuktikan melalui watak Kusina. Beliau masih menghormati Tuan William dan sanggup membantu beliau bejumpa dengan Ratu Bongsu walaupun beliau niat Tuan Willian untuk menawan puncak Gunung Tahan. Contohnya, dalam novel Di Hadapan Pulau Syed Fikri sangat menghormati Tuk Marzuki sebagai orang yang tahu sejarah Feringgi.
























Novel
Soalan 13

Berdasarkan dua novel yang anda pelajari,bandingkan nilai taat setia dalam kedua-dua novel tersebut.
                                                                                                                                        [8 markah]


Jawapan

             Nilai taat setia jelas dipaparkan dalam novel Putera Gunung Tahan dan novel Di Hadapan Pulau. Sebagai contoh, Tuan Robert dan Tuan William taat setia kepada tuannya di Eropah dan berikhtiar untuk mendapatkan puncak Gunung Tahan.Sementara itu, Joyah pula taat kepada suaminya,Budin walaupun Budin sentiasa mabuk dan berjudi.

             Selain itu, nilai ini juga dibuktikan melalui watak Perempuan Tua yang taat kepada pemerintah.Beliau berusaha menghalang orang asing daripada menawan puncak Gunung Tahan. Manakala Syed Fikri taat kepada pegangan agama walaupun menghadapai saat-saat yang sukar. Beliau juga mempertikaikan  bentuk kerja sepupunya Syed Zuhri yang tidak jujur iaitu menipu orang ramai dalam perniagaannya.

             Seterusnya nilai ini dibuktikan oleh  Ratu Bongsu yang taat kepada pemerintah pada ketika itu.Sebagai contoh,baginda sedaya upaya mempertahankan Gunung Tahan agar tidak terlepas ke tangan orang asing terutamanya Tuan William yang memujuk baginda agar Gunung Tahan itu dilepaskan ke tangan orang Barat. Manakala  Aziz dan Afidah juga mempunyai taat setia dalam persahabatan. Buktinya mereka bersama-sama mencari makanan ke kawasan kubu lama.



                                                 












                                                           


                                                            Novel

Soalan 14

Berdasaran dua novel yang anda pelajari, huaraikan persamaan nilai bertanggungjawab dalam kedua-dua novel tersebut.
                                                                                                                                            [8 markah]


Jawapan


             Nilai bertanggungjawab pemimpin terhadap rakyat yang terdapat dalam novel Putera Gunung Tahan dan Di Hadapan Pulau. contohnya,Ratu Bongsu bertanggungjawab apabila beliau memerintahkan rakyatnya mencari tempat persembunyian apabila kapal terbang British menyerang puncak Gunung Tahan. Contohnya,dalam novel Di Hadapan Pulau  dalam diri Tuk Marzuki yang telah membantu Aziz dan Afidah meneruskan hidup.

             Tanggungjawab terhadap keluarga.Contohnya,dalam novel Putera Gunung Tahan Perempuan Tua masih mengambil berat tentang keselamatan Ratu Bongsu walaupun tidak tinggal bersama. Sementara itu,dalam novel Di Hadapan Pulau Tuk Marzuki bertanggungjawab menjaga Afidah setelah ibu bapanya berpisah.  

             Tanggungjawab dalam hubungan suami dan isteri.Contohnya,dalam novel Di Hadapan Pulau Joyah masih melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri walaupun suaminya seorang pemabuk dan pemalas.Contohnya, dalam novel Putera Gunung Tahan Tuan William berusaha melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami dengan berusaha mengambil tahu tentang keadaan isterinya di London melalui alat yang dipinjam daripada Ratu Bongsu. 





















Novel

Soalan 15


Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan perbezaan nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel tersebut.
                                                                                                                                          [8 markah]

Jawapan


          Nilai keberanian dalam novel Putera Gunung Tahan tetapi dalam novel Di Hadapan Pulau nilai berani tidak ditonjolkan. Contohnya,dalam novel Putera Gunung Tahan Mat Gajah, Bahaman dan Mat Kilau yang berani menentang penjajah Inggeris di Pahang walaupun terdapat ramai pahlawan lain yang belot tetapi dalam novel Di Hadapan Pulau Joyah tidak berani menegur sikap suaminya  Budin yang sering mabuk dan berjudi.

           Selain itu, nilai kesyukuran juga terdapat dalam novel Putera Gunung Tahan. Sebagai contoh, Tuan Robert bersyukur tidak diapa-apakan ketika ditangkap oleh orang Sakai malah beliau telah dilantik sebagai Batin Putih.Contohnya, dalam novel Di Hadapan Pulau Budin digambarkan sebagai seorang suami yang tidak bersyukur walaupun memiliki seorang isteri yang baik.

          Nilai semangat cinta akan negara amat ditekankan dalam novel Putera Gunung Tahan tetapi dalam novel Di Hadapan Pulau nilai ini tidak digambarkan dengan jelas. Contohnya,dalam novel Di Hadapan Pulau Rosiah dan Taksiah sanggup bekerja untuk tentera Jepun. Contohnya, Ratu Bongsu tidak sanggup menggadaikan negaranya semata-mata untuk memenuhi kepentingan diri sendiri walaupun menerima kepentingan diri sendiri walaupun menerima pelbagai tawaran lumayan daripada pihak Inggeris. tetapi dalam novel Di Hadapan Pulau nilai ini tidak digambarkan dengan jelas


                                                 














Novel

Soalan 16


Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan persamaan  latar masyarakat yang terdapat dalam kedua- dua novel tersebut.
                                                                                                                                          [ 8 markah ]

Jawapan

Persamaan yang terdapat dalam latar masyarakat dalam kedua-dua novel ialah masyarakat  yang mengamalkan sikap dan cara hidup yang bersopan santun. Contohnya,dalam novel Putera Gunung Tahan  Ratu Bongsu melayan Tuan William dengan baik walaupun  beliau sedar hasrat Tuan William untuk menakluki puncak Gunung Tahan untuk dijadikan tempat peranginan.Contohnya, dalam novel Di Hadapan Pulau Aziz dan Afidah mengamalkan sikap bersopan santun dengan orang yang tua daripada mereka dengan bersalam.

Kedua-dua novel ini juga mengambarkan sikap masyarakat yang tabah dalam mengharungi hidup. Contohnya,dalam novel Putera Gunung Tahan watak Perempuan Tua tabah melahirkan anak seorang diri di dalam hutan dan membesarkan anak tanpa suami di sisi. Contohnya dalam novel Di Hadapan Pulau  watak Afidah adalah watak yang tabah menjalani kehidupan tanpa kedua ibu bapa dan tabah  menerima berita kematian datuknya.   

Masyarakat penjajah yang mahu meluaskan penguasaan terhadap jajahan mereka dipaparkan dalam kedua-dua novel.Contohnya,dalam novel Putera Gunung Tahan  Tuan Robert dan Tuan William dihantar untuk menakluki kawasan puncak Gunung Tahan yang berada di bawah pemerintahan Ratu Bongsu. Contonya, dalam Novel Di Hadapan, kehadiran tentera Jepun  untuk menguasai perkampungan Aziz dengan mengebom sehingga penduduk melarikan diri ke dalam shelter..




                                                                                                                                          












Novel

Soalan 18


Berdasarkan novel yang anda pelajari,huraikan persamaan latar masa dalam kedua-dua novel yang anda kaji.
[8 markah]
Jawapan

          Pada waktu malam. Sebagai contoh, pada waktu malam Tuan William mengambil keputusan untuk menulis surat kepada ketuanya di London supaya menawan puncak Gunung Tahan. Contohnya, dalam novel Di Hadapan Pulau, pada waktu malam dalam keadaan yang gelap gelita Budin balik ke rumah dalam keadaan mabuk.

          Kedua-dua novel memaprkan latar masa pada waktu pagi .Contohnya, dapam novel Putera Gunung Tahan setiap pagi Mem William akan menziarahi kubur mendiang suaminya, Tuan William. Contohnya,dalam novel Di Hadapan Pulau Zubir dan Raihan merenung laut mengenangkan nasib mereka yang tidak boleh turun ke laut menangkap ikan.

          Pada waktu petang,contohnya,dalam novel Putera Gunung Tahan Tuan William keluar mencari Tuan Robert yang hilang di kawasan persekitaran gua.Contohnya, dalam novel Di Hadapan Pulau Aziz dan Afidah keluar ke kawasan kubu lama untuk mencari makanan.























Novel

Soalan 19

Berdasarkan novel yang telah anda pelajari,bandingkan latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.
                                                                                                    [ 8 markah ]
Jawapan

          Novel Di Hadapan Pulau memaparkan masyarakat majmuk seperti masyarakat Jawa melalui watak Dorani,masyarakat Arab iaitu Syed Fikri dan masyarakat Melayu.Manakala masyarakat dalam Putera Gunung Tahan melibatkan masyarakat orang Sakai dan masyarakat Bunian.

          Masyarakat yang hidup menderita akibat perang. Contohnya dalam novel Di Hadapan Pulau watak Aziz dan Afidah yang menghadapi masalah kekurangan makanan tetapi masyarakat dalam novel Putera Gunung Tahan hidup dengan aman.Contohnya,masyarakat Sakai yang hidup dengan aman mengikut adapt mereka tanpa ganguan penjajah.

          Masyarakat yang mengamalkan kerjasama dan permuafakatan dalam novel Di Hadapan Pulau tetapi dalam novel Putera Gunung Tahan amalan kerjasama dan pemuafakatan tidak digambarkan dengan jelas.Contohnya, dalam novel Di Hadapan Pulau Tok Marzuki,Dorani,Raihan dan Zubir bersama-sama membina shelter untuk menghadapi perang tetapi contoh novel Putera Gunung Tahan Ratu Bongsu hanya bersendirian mempertahan Puncak Gunung Tahan .                                      
                                                 

























Novel

Soalan 20

Huraikan tiga persamaan latar masyarakat berdasarkan dua novel yang telah anda pelajari.
                                                                                                    [ 8 markah ]

Jawapan
         
          Masyarakat yang mementingkan pegangan agama.Contohnya, dalam novel Putera Gunung Tahan watak Perempuan Tua  yang masih berpegang teguh dengan ajaran agama Islam walaupun telah lama tinggal bersama orang Sakai. Contohnya,dalam novel Di Hadapan Pulau, watak Syed Fikri yang sentiasa mendidik Aziz dan rakan-rakannya agar mengerjakan solat dan mengaji al.Quran.

          Latar masyarakat yang hidup dalam zaman peperangan.Contohnya,dalam novel Di Hadapan Pulau watak Aziz dan penduduk di perkampungan yang menghadapi zaman kesukaran mendapat makanan dan tempat berlindung semasa peperangan.Contohnya,Watak Perempuan Tua dalam novel Putera Gunung Tahan juga terpaksa melarikan diri ke dalam hutan semasa penjajahan orang Inggeris .

          Masyarakat yang baik hati.Contoh watak Perempuan Tua dalam Putera Gunung Tahan yang melayan Tuan Robert walaupun beliau tahu Tuan Robert berniat jahat .Begitu juga dengan watak Tuk Marzuki yang sentiasa baik hati terhadap Aziz dengan mengambil tahu tentang Aziz dan keinginan Aziz .
           






















Novel

Soalan 21

Berdasarkan kedua- dua buah novel yang anda pelajari, nyatakan latar masa antara kedua novel tersebut.
                                                                                                    [ 8 markah ]

Latar masa  novel Di Hadapan Pulau ini berlaku sekitar tahun 1940-an.Secara jelas, keadaan ini berlaku semasa bibit awal bermulanya Perang Dunia Kedua pada tahun 1942. Pada bahagian awal, penulis memperlihatkan persediaan tentera Berikat menghadapi kedatangan tentera Jepun. Pada bahagian seterusnya berlaku sekitar tahun 1942 hingga 1945 iaitu selama tiga tahun lapan bulan Tanah Melayu berada di bawah jajahan Jepun.  Sementara itu dalam Novel Putera Gunung Tahan pengarang tidak menjelaskan tarikh- tarikh sebenar berlaku sesuatu peristiwa. Bagaimanapun, berdasarkan peristiwa yang berkaitan dalam sejarah tanah air, latar eranya ialah zaman penjajahan British berdasarkan nama pejuang seperti Dato Bahaman, Mat Kilau dan juga Mat Gajah.

Pengarang menggunakan setiap waktu yang melibatkan pagi, tengah hari, petang dan malam bagi mengambarkan situasi masyarakat yang sukar. Sebagai contohnya, semasa mula- mula berhadapan dengan serangan udara tentera Jepun, para penduduk tidak dibenarkan memasang sebarang cahaya pada waktu malam. Pengarang memperlihatkan kesukaran hidup penduduk ketika itu. Manakala dalam novel Putera Tahan digambarkan bagaimana Tuan Robert dan Tuan William terpaksa berlindung di dalam gua selama tujuh hari tujuh malam ketika berlakunya hujan yang sangat lebat hingga menyebabkan air dari gunung turun bergulung-gulung  dan menderam- deram bunyinya. Diceritakan juga pada hari yang kelapan Tuan Robert telah ditawan oleh orang Sakai  dan dibawa ke kawasan Rimau Putih.





















Novel

Soalan 22

Berdasarkan dua novel yang telah anda pelajari, huraikan sumbangan penulis kepada masyarakat dan negara.
                                                                                                    [ 7 markah ]

Jawapan

          Sumbangan penulis kepada masyarakat dan negara adalah menyampaikan idea atau buah fikiran untuk membentuk masyarakat yang berguna kepada negara.Contohnya,Pak Sako menyampaikan pandangan bahawa perlunya ada semangat yang kuat untuk mempertahankan negara daripada penjajahan .Sementara A.Samad Said pula menyampaikan pandangan bahawa peperangan membawa akibat buruk kepada manusia.

          Usaha membetulkan masyarakat dengan mengkritik kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Contohnya pengarang mengkritik masyarakat yang sanggup mengkhianati perjuangan menentang penjajah.Manakala dalam novel Di Hadapan Pulau pula pengarang mengkritik masyarakat yang sanggup mencuri dan menipu orang lain untuk kepentingan diri sendiri.

          Seterusnya pengarang dapat menerapkan nilai-nilai murni supaya dapat dicontohi oleh masyarakat. Buktinya, nilai berani ,patriotik dan bijaksana seperti yang terdapat dalam novel Putera Gunung Tahan.Manakala semangat kerjasama ,tabah, dan belas kasihan yag terdapat dalam novel Di Hadapan Pulau.

                                       





















Novel

Soalan 23

Huraikan faedah-faedah membaca novel dengan merujuk kepada kedua-dua novel yang anda pelajari.
                                                                                                    [ 7 markah ]

Jawapan

          Masyarakat dapat mengambil pelbagai nilai murni dan pengajaran yang dapat dijadikan panduan hidup seperti, nilai cinta akan tanahair yang ditonjolkan melalui watak Ratu Bongsu yang patriotik wajar dicontohi oleh pembaca.Sementara nilai ketabahan menghadapi penderitaan hidup yang ditunjukkan oleh watak Aziz dan Afidah wajar dicontohi oleh para remaja.

          Bacaan novel ini juga dapat meluaskan pengetahuan.Contohnya dalam novel Putera Gunung Tahan , pengarang mengutarakan perjuangan pahlawan Pahang menentag penjajah Inggeris.Manakala dalam novel Di Hadapan Pulau pembaca mendapat pengetahuan tentang perang dunia ke-2 di tanah air kita yang melibatkan tentera British dan Jepun.

          Pembaca dapat mempelajari teknik mengarang.Contohnya, imbas kembali,teknik kejutan ,dialog dan penyususnan bahagian dalam novel yag jelas berbeza daripada karya kreatif yang lain.













                                                                                                 




                                                 






                                                  Novel

Soalan 24

Bandingkan dan huraikan persamaan perwatakan watak  utama dalam dua novel yang
anda pelajari.
[8 markah]


Jawapan

               Kedua-dua novel ini memaparkan persamaan watak utama Aziz dan Ratu Bongsu.  Sikap baik hati Aziz dengan membantu Afidah mendapatkan makanan ketika dalam keadaan yang sukar sedangkan dirinya sendiri berada dalam keadaan kelaparan dalam novel Di Hadapan Pulau. Contohnya, dalam novel Putera Gunung Tahan pula sikap baik hati ini ditonjolkan melalui watak Putera Bongsu menolong Mem William semasa Mem William cedera selepas jatuh dari kapal terbang.

               Kedua-dua watak turut digambarkan sebagai orang yang pintar.Contohnya,dalam novel Putera Gunung Tahan  Ratu Bongsu dilihat amat pintar mengelak sebarang tipu muslihat Tuan William sehingga Tuan William terperangkap dalam bilik khazanah dan terkena bom. Contohnya,dalam novel Di Hadapan Pulau kepintaran Aziz pula dilihat ketika beliau cuba mencari rezeki untuk menampung dengan membantu Syed fikri bercucuk tanam dan juga mengambil upah menjual todi.

               Kedua-dua watak ini hidup sendirian tanpa perhatian daripada ibu dan bapa.Contohnya, dalam novel Putera Gunung Tahan Ratu Bongsu hidup sendirian tanpa ibu di Puncak Gunung Tahan begitu juga dengan watak Aziz.Contohnya, Aziz terpaksa meneruskan hidup tanpa perhatian daripada ibu dan ayah.



                                                 
                                                  Novel

Soalan 25

Huraikan perbezaan watak utama dalam dua novel yang anda pelajari.

[8 markah]


Jawapan

          Dalam kedua-dua novel ini dipaparkan dengan dua watak utama iaitu Aziz dalam novel Di Hadapan Pulau dan Ratu Bongsu dalam novel Putera Gunung Tahan.Dalam novel Di Hadapan Pulau watak Aziz digambarkan sebagai seorang kanak-kanak yang lebih matang pemikirannya berbanding dengan rakan-rakannya.Keadaan ini berlaku kerana Aziz sudah biasa berhadapan dengan kesukaran hidup kerana dia hidup sebagai anak yatim piatu yang memerlukannya untuk berdikari. Manakala watak Ratu Bongsu pula ditonjolkan sebagai seorang yang berpendirian tegas dalam mempertahankan Puncak Gunung Tahan daripada terlepas ke tangan orang barat walaupun ditawarkan dengan ganjaran yang lumayan.

          Perbezaan yang kedua antara kedua watak ini ialah dalam novel Di Hadapan Pulau watak Aziz digambarkan sebagai seorang yang berperasaan sensitif. Contohnya, kegagalannya mendapat perhatian daripada Tuk Marzuki dan Joyah kadang-kadang menjadikan Aziz hilang ketabahan lalu menangis.Manakala,dalam novel Putera Gunung Tahan Ratu Bongsu digambarkan sebagai seorang yang mempunyai perasaan cinta akan tanah air yang sangat mendalam.Contohnya, Ratu Bongsu sanggup membelakangkan kepentingan peribadi demi memperjuangkan kedaulatan Puncak Gunung Tahan.

          Perbezaan ketiga ialah dari kebijaksanaan. Contohnya dalam novel Putera Gunung Tahan Ratu Bongsu mempunyai strategi yang bijak untuk memperdayakan musuhnya iaitu Tuan William terbunuh akibat terperangkap di dalam bilik Khazanah. Sementara  dalam novel Di Hadapan Pulau contohnya kebijaksanaan Aziz kurang ditonjolkan kerana sifatnya sebagai seorang kanak-kanak yang hanya mementingkan makanan dan minuman.

         

           



                                                 





                                                  Novel

Soalan 26

Huraikan persamaan perwatakan watak  sampingan dalam dua novel
yang anda pelajari
[8 markah]

Jawapan

               Dalam novel Di Hadapan Pulau Afidah digambarkan sebagai seorang yang tabah dan sanggup menghadapi dugaan.  Contohnya,Afidah hidup dalam kesukaran terutama ketika zaman perang dan selepas kematian Tuk Marzuki.  Dalam novel Putera Gunung Tahan pula Perempuan Tua dilihat mempunyai perwatakan yang sama dengan Afidah.  Ketabahannya dapat dilihat selepas suaminya meninggal, dia melahirkan anak dalam keadaan susah payah di hutan.

               Persamaan lain ialah Afidah merupakan seorang yang pandai mengambil hati orang lain begitu juga dengan Perempuan Tua.  Kepandaian Afidah dalam menyediakan minuman kepada  Tuk Marzuki membuktikan beliau cuba mengambil hati datuknya yang dalam kerisauan.  Manakala Perempuan Tua baik hati dengan melayan kedatangan dan pertanyaan Tuan Robert ketika Tuan Robert berkunjung ke pondoknya.

               Sifat penyayang kedua-dua watak ini juga dapat dibuktikan apabila Afidah bersama dengan Tuk Marzuki dengan menjaga dan mengambil berat tentang kesihatan datuknya.  .  Manakala, dalam novel Putera Gunung Tahan pula sifat penyayang ditonjolkan apabila Perempuan tetap menyayangi Ratu Bongsu  walaupun beliau telah terpisah daripada Ratu Bongsu.



                                                 
                                                 




                                                 














                                                  Novel

Soalan 27

Huraikan perbezaan perwatakan watak sampingan dalam dua novel yang telah anda kaji.
[8 markah]

Jawapan

               Watak sampingan yang dipilih ialah Syed Fikri dan Tuan Robert.Syed Fikri seorang yang menyayangi kanak-kanak.Contoh, Syed Fikri sentiasa mengambil berat tentang pendidikan dan keselamatan Aziz dan rakan-rakannya.Sebaliknya Tuan Robert digambarkan sebagai seorang yang bersifat mementingkan diri sendiri apabila tidak menghormati kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Sakai.

               Watak Syed Fikri juga digambarkan sebagai seorang yang warak tentang ilmu dan amalan agama Islam.Sebaliknya Tuan Robert pula hanya mengatakan kebaikan agama Kristian tanpa mengamalkan.Contoh beliau memandang rendah kepada kepercayaan agama lain.

               Syed Fikri juga digambarkan seorang yang baik hati. Contoh, beliau mengambil berat tentang keselamatan jirannya seperti Dorani dan Sarjono yang ditawan oleh tentera Jepun.Manakala Tuan Robert digambarkan sebagai seorang yang tamak.Contoh,beliau sanggup memujuk Perempuan Tua agar menjual kulit harimau putih dalam usahanya untuk mendapat nama dan kekayaan.

              























                                                  Novel                                          

Soalan 28


Berdasarkan dua novel yang anda kaji,bandingkan peranan yang dimainkan oleh watak utama dalam novel tersebut.
[8 markah]


Jawapan

          Watak utama dalam novel Putera Gunung Tahan ialah Ratu Bongsu ,manakala dalam novel Di Hadapan Pulau ialah Aziz.Peranan kedua-dua watak ini amat berbeza,apabila Ratu Bongsu ialah seorang yang berkuasa dalam pemerintahan di Puncak Gunung Tahan dengan menjaga rakyat dan puncak gunung tahan daripada dijajah oleh Inggeris tetapi watak Aziz pula tidak mempunyai kuasa pentadbiran sebaliknya hanya berjuang untuk meneruskan kehidupan semasa perang.

          Ratu Bongsu berperanan sebagai seorang Islam yang bertanggungjawab terhadap agama dan bangsa.Buktinya, Ratu Bongsu berusaha mengambil hati Mem William dengan keperibadiaan seorang Islam agar Mem William menerimanya sebagai seorang yang perlu dikasihi tetapi Aziz hanya berperanan sebagai kanak-kanak yang masih dibimbing untuk menjadi insan yang baik.Contohnya, Syed Fikri meminta Aziz mengerjakan solat dan mengaji Al.Quran.

          Aziz juga berperanan sebagai rakan sebaya yang baik dan mengambil berat tentang keselamatan kawan.Contoh, Aziz mengambil berat tentang keselamatan dan keperluan Afidah setelah Afidah tinggal seorang diri apabila datuknya meninggal dunia tetapi, Ratu Bongsu tidak berperanan sebagai rakan yang karib kepada Tuan William dan hubungan antara Ratu Bongsu dengan Kusina juga masih terbatas sebagai seorang raja dan orang suruhan.

















Novel

Soalan 29

Huraikan persamaan perwatakan watak  sampingan dalam dua novel yang anda pelajari
[8 markah]

Jawapan

Dalam novel Di Hadapan Pulau Afidah digambarkan sebagai seorang yang tabah dan sanggup menghadapi dugaan. Contohnya, Afidah hidup dalam kesukaran terutama ketika zaman perang dan selepas kematian Tuk Marzuki.  Contohnya dalam novel Putera Gunung Tahan pula Perempuan Tua   selepas suaminya meninggal, dia melahirkan anak dalam keadaan susah payah di hutan.

Persamaan lain ialah Afidah merupakan seorang yang pandai begitu juga dengan Perempuan Tua.  Kepandaian Afidah dalam menyediakan minuman diakui oleh Tuk Marzuki. Tuk Marzuki sentiasa memuji Afidah yang pandai membuat kopi sehingga disaat kematiaannya pujian itu tetap diberikan kepada Afidah.  Manakala Perempuan Tua pula pandai dalam ilmu agam dan ilmu dunia.  Perempuan Tua mengajar gadis-gadis Sakai tentang agama Islam.  Dia juga mengetahui ilmu-ilmu dunia kerana diajar oleh orang Sakai. 

Sifat penyayang Afidah boleh dilihat ketika Afidah bersama dengan Tuk Marzuki.  Dia menyayangi Tuk Marzuki dengan menjaganya dan membuat air kopi kegemaran datuknya setiap hari.  Kasih sayangnya bukan sahaja terhadap keluarganya malahan dia juga menyayangi Aziz dan rakannya.  Misalnya Afidah sanggup bersama dengan Aziz untuk mencari makanan dan berlindung.  Untuk PuterAa Gunung Tahan pula sifat penyayang ditonjolkan melalui watak Tuan William yang amat meyayangi rakannya iaitu Tuan Robert.  KetikaTuan Robert hilang Tuan William berasa susah hati dan berusaha mencari Tuan Robert.  Beliau juga seringkali teringat Tuan Robert.



















Novel

Soalan 30

Bincangkan perwatakan watak sampingan dalam dua novel yang telah anda kaji.
[8 markah]

Jawapan


Tuan William digambarkan sebagai seorang yang mementingkan kekayaan.  Beliau berusaha mengumpul kekayaan dengan datang ke Tanah Melayu atas arahan ketuanya, iaitu untuk mendapatkan tempat untuk dijadikan kawasan peranginan orang Barat.Watak Syed Fikri dalam novel Di Hadapan Pulau dilihat sebagai seorang yang sederhana kerana tidak mementingkan kekayaan semasa urusan jual beli batu akit dan minyak atar.  
  
Selain itu Syed Fikri merupakan seorang yang alim.  Beliau mengambil berat soal agama dengan dengan sering bertanyakan kepada Aziz dan rakannya sama ada mereka sudah bersembahyang  atau tidak. Contohnya,Tuan William pula patuh kepada tuannya dengan berusaha untuk mendapatkan puncak Gunung Tahan sebagaimana yang dikehendaki oleh ketuanya.

 Syed Fikri dalam novel Di Hadapan Pulau juga seorang yang berperikemanusiaan dan tidak suka perkara-perkara negatif contohnya,beliau mengeji tindakan tentera Jepun yang menyeksa kanak-kanak dan wanita yang tidak buan erdosa manakala Tuan William tidak bertimbangrasa apabila mengutus surat agar kerajaanya menyerang puncak Gunung Tahan .





















Novel


Soalan 31

Keperibadian dalam diri sesorang watak amat penting untuk menarik minat pembaca.Berdasarkan kedua-dua novel yang anda kaji, bandingkan perwatakan dinamik dalam novel tersebut.
                                                                                                    [ 8 markah ]

Jawapan

          Watak dinamik ialah watak yang mengalami perubahan dari segi sikap ,pemikiran dan aksi.Berdasarkan watak Mem William dalam novel Putera Gunung Tahan dan Rosiah dalam novel Di Hadapan Pulau.Watak Mem William mengalami perubahan sikap daripada tidak baik kepada baik.Contoh semasa suaminya berada di Tanah Melayu dia telah menjalinkan hubungan sulit dengan  pemuda lain.Sementara Rosiah digambar sebagai gadis yang pemalu dan bersopan santun kemudian berubah sikap sehingga sanggup menjual maruah diri untuk mendapatkan makanan.

          Mem William juga berubah fikiran daripada menerus hasrat mendiang suaminya untuk menawan Puncak Gunung Tahan akhirnya berubah apabila beliau jatuh cinta kepada Ratu Bongsu dalam novel Putera Gunung Tahan.Contohnya,Rosiah daripada seorang wanita yang warak juga telah berubah apabila menghadapi masalah kesukaran mendapat punca pendapatan dengan menjual maruah diri kepada askar Jepun.

          Perubahan tingkah laku Mem William terhadap Ratu Bongsu.Contoh , daripada seorang yang sanggup membunuh Ratu Bongsu kepada seorang yang penyayang apabila terpandang ketampanan Ratu Bongsu dalam novel Putera Gunung Tahan.Manakala Rosiah pula tanpa segan silu telah melayan tentera jepun di kubu lama yang disaksikan oleh Aziz dan Afidah dalam novel Di Hadapan Pulau.



















Novel
Soalan 32

Huraikan nilai murni berdasarkan kedua-dua novel yang anda pelajari

Jawapan

          Nilai kasih sayang.Contohnya watak Tuk Marzuki dalam novel di Hadapan Pulau yang menyayangi cucunya Afidah dan memuji cucunya yang telah ditinggalkan oleh ibu dan bapa. Contoh dalam novel  Putera Gunung Tahan watak Ratu Bongsu yang menyayangi Mem William walaupun mereka berlainan agama dan bangsa.        
     
             Nilai keberanian  dapat dilihat dalam kedua-dua novel ini.Contohnya Tuan Robert dan Tuan William yang berani menempuh pelbagai halangan dan  bahaya  ketika dalam perjalanan  ke puncak Gunung Tahan. Contohnya, dalam novel Di Hadapan Pulau  dapat dilihat bagaimana Aziz berani menempuh dugaan-dugaan pada zaman perang dengan berusaha mencari makanan walaupun di  tempat yang   berbahaya iaitu di kubu lama.

            Nilai simpati  atau belas kasihan dalam kedua-dua novel ini.Contohnya  dalam novel Putera Gunung Tahan  Ratu Bongsu yang bersimpati dengan nasib Mem  William yang tercedera akibat jatuh  dari kapal terbang yang terhempas dengan merawat Mem William sehingga pulih.Contohnya,dalam novel Di Hadapan Pulau , Tuk Marzuki amat   bersimpati dengan nasib  Aziz yang sudah  kematian bapa manakala  ibunya pula   tidak pernah ditemui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan